Program Klik Dengan Bijak Untuk Pelajar Smk Langkawi Pulau Tuba
27 Mei 2015 | Aktiviti Terkini
Pada 26 Mei 2015 PI Langkawi telah mengadakan Program Klik Dengan Bijak kepada pelajar SMK Langkawi Pulau Tuba. Seramai 300 orang pelajar dan 5 orang guru telah terlibat dengan program ini.Program tersebut turut diserikan lagi dengan kehadiran Pengetua SMK Langkawi Pulau Tuba dan menyampaikan ucapan terima kasih kepada pihak SKMM dan PI Langkawi kerana sudi berkongsi ilmu kepada para pelajar. Program ini dilihat medium terbaik kepada pelajar untuk menimba ilmu tentang tata cara penggunaan internet dengan betul. Ia juga dilihat mampu mengurangkan masalah sosial dikalangan pelajar yang mudah terjebak dengan pengaruh media sosialSelain taklimat, program turut mendapat sambutan dengan adanya sesi soal jawab dan kuiz klik dengan bijak. Terdapat pelbagai cendrahati yang disumbang oleh SKMM Wilayah Utara kepada pelajar yang dapat memberi jawapan yang betul.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: